Bahasa : malay | english

MESYUARAT AGUNG KE-14 KELAB SUKAN DAN SOSIAL FAKULTI KEJURUTERAAN (KSSFK).



MESYUARAT AGUNG KE-14 KELAB SUKAN DAN SOSIAL FAKULTI KEJURUTERAAN (KSSFK).


Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

 

Semua Ahli

Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan, UPM (KSSFK)

 

YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Ir./Puan,

 

MESYUARAT AGUNG KE-14 KELAB SUKAN DAN SOSIAL FAKULTI KEJURUTERAAN (KSSFK).

 

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa KELAB SUKAN DAN SOSIAL FAKULTI KEJURUTERAAN (KSSFK) menjadualkan semula Mesyuarat Agung Tahunan Ke-14 sebagaimana ketetapan berikut:

 

Tarikh: 8 Oktober 2020 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi
Tempat: Auditorium Jurutera Radin Umar, Fakulti Kejuruteraan, UPM

 

Kami mengalu-alukan kehadiran YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Ir./Puan ke Mesyuarat Agong KSSFK ke 14 yang akan mengamalkan normal baharu serta mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh MKN dan Pihak Pengurusan UPM. Pengesahan kehadiran boleh melalui saluran ini, http://bit.ly/registerAGM14KSSFK.


Selain itu, salah satu agenda penting mesyuarat agung kali ini adalah untuk pemilihan pelantikan Jawatankuasa KSSFK baharu bagi sesi 2020-2022.


Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan pautan Borang Pencalonan AJK KSSFK 2020-2022 dan Borang Cadangan Usul AGM KSSFK 14 (secara dalam talian) untuk tindakan YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Ir./Puan sebelum 30 September 2020.

 

 

Perhatian YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Ir./Puan atas perkara di atas amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Cenderamata istimewa menanti pada ahli KSSFK yang hadir.

 

Sekian. 

Kemaskini Terakhir : Thu, 10 Sep 2020 (norizzaida)