Bahasa : malay | english

Dari Meja Presiden

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua,


Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan UPM (KSSFK) dengan usaha yang berterusan dari Biro Media dan Publisiti dapat mewujudkan laman web ini untuk memudahkan ahli-ahli KSS mengikuti perkembangan dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan atau dirancang oleh KSSFK.


Sepertimana yang diketahui umum, KSSFK ditubuhkan untuk menjaga aspek kebajikan dan menggalakkan kegiatan-kegiatan sukan dan rekreasi di kalangan ahli-ahlinya. Pembabitan aktiviti dalam sukan dapat melahirkan budaya bersukan serta menyumbang kepada kecergasan semua lapisan warga Fakulti Kejuruteraan. Ini secara tidak langsung akan mengalakkan semangat kerjasama dalam kerja berpasukan dan mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga fakulti. Aktiviti seumpama ini juga adalah merupakan satu wadah yang disediakan bagi mendukung matlamat fakulti untuk melahirkan warga fakulti yang sentiasa cergas, aktif, berdisiplin, berdaya maju, inovatif dan kreatif serta berdaya tahan.


Saya selaku Presiden KSSFK bagi penggal 2020-2022 ingin menyampaikan penghargaan buat semua ahli KSSFK yang sentiasa bersama dalam apa jua keadaan untuk meneruskan program-program yang dirancang seiring dengan hasrat Fakulti Kejuruteraan UPM. Dalam keadaan seluruh dunia masih lagi bergelut dengan isu pandemik yang melanda, sokongan moral antara semua ahli-ahli KSSFK amatlah penting untuk menaikkan semangat kita semua.


Akhir kata, saya memohon kepada semua ahli KSSFK agar terus bersatu di bawah kepimpinan baru ini bagi memperjuangkan kebajikan ahli-ahlinya. Tanpa kerjasama erat daripada semua warga fakulti, segala program yang dirancang tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.


Syabas kepada Biro Media dan Publisiti dan semua AJK KSSFK sesi 2020/2022 yang merencanakan dan menjalankan aktiviti-aktiviti  anjuran KSSFK walau di dalam kesibukan komitmen kerja serta tugasan harian. Syabas sekali lagi saya ucapkan buat semua.


 

Dr. Mohd Zuhair Mohd Nor

PRESIDEN

Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan

Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor Darul Ehsan. Malaysia.
Tel : 03-9769 6262/03-9769 4303, E-mel: zuhair@upm.edu.my                                                                                                                                             


 


Kemaskini Terakhir : Thu, 28 Jan 2021 (norizzaida)