Bahasa : malay | english

Pengenalan

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Kelab Sukan dan Sosial, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor atau singkatan "KSSFK". KSSFK ditubuhkan pada tahun 2007 juga merupakan sebuah kelab yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan ditadbir mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan peraturan-peraturan pertubuhan 1984.

Sehingga kini, KSSFK mempunyai seramai 233 orang ahli terdiri daripada pegawai kategori pengurusan dan profesional (P&P) serta sokongan yang berdaftar dan bergerak secara aktif. Tujuan KSSFK ditubuhkan ialah merancang, melaksana dan menyelaras semua kegiatan sukan, sosial dan kebajkan pegawai dan kakitangan di Fakulti Kejuruteraan, UPM.

Kemaskini Terakhir : Mon, 12 Nov 2018 (norizzaida)