Bahasa : malay | english

Projek Dapur KSSFK





Assalamualaikum dan salam sejahtera 

YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Datin Paduka/Prof./Tuan/Puan, 

 

PROJEK DAPUR KELAB SUKAN DAN SOSIAL, FAKULTI KEJURUTERAAN

 

Untuk makluman semua warga fakulti, Projek Dapur KSS telah pun dilancarkan pada Jumaat (12 Mei 2017). Objektif utama Dapur KSS adalah untuk membantu warga fakulti yang memerlukan barang-barang keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, garam, susu, sardin dan sebagainya. Semua warga fakulti layak mengambilnya mengikut keperluan masing-masing. Untuk sementara waktu, barangan keperluan tersebut ditempatkan di Bilik Rehat Pegawai. Mohon dapat rekodkan barang dan kuantiti yang diambil bagi memudahkan pihak KSS mengawal stok.


Disamping itu juga, pihak KSS berbesar hati jika ada sumbangan dari pihak individu yang ingin turut sama menyumbang bagi membolehkan kepelbagaian barangan keperluan. Sumbangan bolehlah disalurkan ke akaun:

Nama Akaun: KELAB SUKAN DAN SOSIAL FAKULTI KEJURUTERAAN

No. Akaun: 8002162844 (CIMB)

 

atau

 

Boleh berurusan dengan BENDAHARI KSS :

 En. Adli Nazri Mohd Kassim  | 

03-8946 6301 / 010-280 5799 | 

adlinazri@upm.edu.my

Semoga dengan usaha murni ini, dapat sama-sama kita membantu meringan beban golongan yang memerlukan.

 












Kemaskini Terakhir : Thu, 22 Nov 2018 (norizzaida)