Bahasa : malay | english

MAKLUMAT BERKAITAN KRiDEC


A) MAKLUMAT TABUNG KECEMASAN KRiDEC
 
1. Apakah kemudahan Pembiayaan Tabung Kecemasan KRIDEC?
  Kemudahan Pembiayaan Tabung Kecemasan KRIDEC adalah satu pembiayaan bagi memenuhi keperluan kewangan ahli KRIDEC yang layak
       
2.

Apakah Wang proses yang dikenakan?

  Wang Proses yang dikenakan hanyalah 5% daripada jumlah pembiayaan yang diluluskan dan akan dimasukkan ke akaun bank KRIDEC  
       
3.   Apakah yang saya perolehi daripada produk ini?
   (i) Pembiayaan minimum sebanyak RM100 dan maksimum sebanyak RM300 sahaja.  
   (ii) Tempoh bayaran dari 1 bulan sehingga 6 bulan sahaja.  
 

(iii) Sekiranya tidak melangsaikan hutang selepas 6 bulan, tindakan untuk menolak secara automatik daripada gaji akan dilaksanakan.

   
4.

Apakah tanggungjawab saya?

 

Anda adalah diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan sehingga pembiayaan selesai. Sekiranya tempoh pembiayaan dianjakkan melangkaui umur persaraan, anda masih lagi diwajibkan untuk membayar ansuran bulanan. Walaubagaimanapun, anda boleh memilih untuk membuat penyelesaian penuh pembiayaan pada bila-bila masa



B) MAKLUMAT TUNTUTAN SUMBANGAN KRiDEC

 
1.

Apakah kemudahan TUNTUTAN SUMBANGAN KRiDEC?

 

Kemudahan tuntutan sumbangan KRiDEC adalah sumbangan kewangan bagi memenuhi kebajikan ahli KRiDEC yang layak

 

Tuntutan sumbangan RM100.00 sahaja untuk salah satu kriteria.

       
2.

Apakah kriteria tuntutan sumbangan yang dibenarkan?

 

Tuntutan sumbangan yang diberikan adalah seperti berikut:

 

(i) Perkahwinan (isteri pertama sahaja)

  (ii) Kelahiran anak
  (iii) Anak cemerlang
  (iv) Kematian
  (v) Masuk wad
  (vi) Bencana alam (rumah kediaman)
       
3.  Apakah syarat lain tuntutan?
  (i) Tuntutan boleh dibuat sekali (1) sahaja setahun tidak mengira apa jenis kriteria seperti senarai yang dinyatakan dalam soalan kedua.
  (ii) Tuntutan dibuat pada tahun yang sama kejadian (kriteria) itu berlaku.
 

(iii) Tuntutan hanya boleh dibuat disebabkan kriteria yang melibatkan ahli/pasangan ahli dan anak-anak ahli sahaja.

 

(iv) Tuntutan hanya boleh diluluskan sekiranya tiada tunggakan kepada rekod yuran KRIDEC.

 

(v) Tuntutan hanya boleh diluluskan sekiranya tiada tunggakan kepada rekod bayaran tabung kecemasan KRIDEC.

   
4.

Apakah tanggungjawab saya?

 

Anda diwajibkan mengisi Borang Tuntutan Sumbangan yang disediakan.



Kemaskini Terakhir : Tue, 31 Jan 2023 (fadzliarifin)