Bahasa : malay | english

SUMBANGAN

1. Apakah kemudahan TUNTUTAN SUMBANGAN KRiDEC?

Kemudahan tuntutan sumbangan KRiDEC adalah sumbangan kewangan bagi memenuhi kebajikan ahli KRiDEC yang layak.
Tuntutan sumbangan RM100.00 sahaja untuk salah satu kriteria

2. Apakah kriteria tuntutan sumbangan yang dibenarkan?

Tuntutan sumbangan yang diberikan adalah seperti berikut:
(i) Perkahwinan (isteri pertama sahaja)
(ii) Kelahiran anak
(iii) Anak cemerlang
(iv) Kematian
(v) Masuk wad
(vi) Bencana alam (rumah kediaman)

3. Apakah syarat lain tuntutan?

(i) Tuntutan boleh dibuat sekali (1) sahaja setahun tidak mengira apa jenis kriteria seperti senarai yang dinyatakan dalam soalan kedua.
(ii) Tuntutan dibuat pada tahun yang sama kejadian (kriteria) itu berlaku.
(iii) Tuntutan hanya boleh dibuat disebabkan kriteria yang melibatkan ahli/pasangan ahli dan anak-anak ahli sahaja. (iv) Tuntutan hanya boleh diluluskan sekiranya tiada tunggakan kepada rekod yuran KRIDEC.
(v) Tuntutan hanya boleh diluluskan sekiranya tiada tunggakan kepada rekod bayaran tabung kecemasan KRIDEC

4. Apakah tanggungjawab saya?

Anda diwajibkan mengisi Borang Tuntutan Sumbangan yang disediakan.


Kemaskini Terakhir : Fri, 13 Oct 2023 (syazwina)