Bahasa : malay | english

PERMOHONAN PELEKAT KENDERAAN PELAJAR SESI 2019/2020


Permohonan dan pengedaran pelekat kenderaan pelajar yang baharu bagi sesi 2019/2020 akan bermula pada:

i) Tarikh: 17 September 2019 – 31 Oktober 2019
ii) Tempat: Kaunter Keselamatan, Bahagian Keselamatan, Kampus UPM Serdang
iii) Masa: lsnin- Khamis (8.15 pagi - 4.00 petang) Jumaat (8.15 pagi - 12.15 tengahari & 2.45 petang - 4.00 petang)

Semua petak parkir di Fakulti/Jabatan/lnstitut adalah dikhaskan untuk staf/pegawai sahaja. Pelajar dikehendaki meletakkan kenderaan di tempat yang dikhaskan seperti berikut:

i) Medan Parkir Akademi Pusat
ii) Medan Parkir Dewan Kuliah Pusat
iii) Medan Parkir GAZEBO
iv) Medan Parkir di belakang Penerbit (Perpustakaan)

Semua pelajar yang layak hanya dibenarkan memohon satu (1) pelekat kenderaan sahaja sama ada kereta atau motosikal. Pelajar yang memohon pelekat kenderaan perlu membawa dokumen-dokumen seperti berikut :

i) Borang permohonan pelekat kenderaan yang lengkap, boleh dimuat turun di Iaman sesawang Bahagian Keselamatan www.bku.upm.edu.my atau di Kaunter Keselamatan, Bahagian Keselamatan UPM.
ii) Geran Kenderaan Asal & Sijil Pemilikan Kenderaan
iii) Surat Kebenaran dari pemilik sah dalam geran, sekiranya bukan di atas nama pelajar. (Keluarga terdekat sahaja)
iv) Kad matrik (Asal) I Kad Maya
v) Lesen Memandu yang sah (Asal)

Penggunaan Pelekat Kenderan Pelajar berkuatkuasa pada 1 November 2019. Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada:

Kaunter Keselamatan, Bahagian Keselamatan Universiti, Universiti Putra Malaysia, 43400 UPM Serdang, Selangor.

No. Telefon: 03-97698005
No. Fax: 03-97697930



Kemaskini Terakhir : Wed, 04 Sep 2019 (diyanadiya)