Bahasa : malay | english

Tinta Presiden


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

Marilah kita bersama-sama memanjatkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kehadrat Ilahi kerana dengan izinNya kita diberi nafas serta kita dapat meneruskan kehidupan oleh Allah s.w.t

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat barisan Jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains Universiti Putra Malaysia (PPSUPM) yang telah bertungkus lumus menaikkan nama PPSUPM serta sentiasa membantu dalam memperjuangkan perkembangan kerjaya Staf  Pelaksana Skim C di Universiti Putra Malaysia. Sekalung penghargaan turut tidak dilupakan kepada semua Ahli PPSUPM yang tidak pernah jemu dalam memberikan sokongan padu kepada persatuan bagi menjayakan setiap perjuangan dan kepentingan ahli. 

Bermulanya sejarah PPSUPM di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 15 Januari 1991 sehingga kini telah hampir 32 tahun dengan jawatan pertama adalah sebagai Pelayan Makmal seterusnya berkembang kepada jawatan Pembantu Makmal Gred C17. Perjuangan PPSUPM mendatangkan hasil apabila kini semua Pembantu Makmal di IPTA dinaiktaraf daripada Gred C17 ke Gred C27 ketika itu. Usaha keras tanpa jemu mantan Presiden persatuan yang terdahulu telah membuahkan hasil dengan pelaksanaaan Kursus Peralihan (Bridging Programme) yang diperkenalkan seawal tahun 2006. Ia  berjaya dilaksanakan dan hampir 300 staf berjawatan Pembantu Makmal yang mengambil kursus ini berjaya menghabiskan program dan dinaiktaraf secara ‘one-off”. Perjuangan ini ternyata telah meningkatkan lagi perkembangan kerjaya daripada Pembantu Makmal ke Penolong Pegawai Sains iaitu merupakan gred tertinggi sebagai Staf Pelaksana Skim C di IPTA ketika itu. 

Dan kini, perjuangan PPSUPM masih lagi diteruskan dalam meneruskan matlamat dalam perkembangan kerjaya staf pelaksana Skim C. InshaAllah PPSUPM sangat komited dalam memastikan struktur perjawatan Skim C ini semakin maju selaras dengan perkembangan teknologi masa kini. 

PPSUPM sentiasa membantu pihak pengurusan UPM merealisasikan segala apa jua usaha untuk meningkatkan laluan kerjaya Staf  Pelaksana Skim C agar lebih efisien dalam bidang tugas. Ianya dilaksanakan melalui pelbagai bentuk latihan bagi meningkatkan daya kemahiran dalam kerjaya. Sebagai tulang belakang universiti dalam bidang penyelidikan, diharap agar kita semua dapat mencipta kejayaan dan beriltizam melakar lebih banyak pencapaian yang dapat membanggakan universiti. 

Akhir kata dari saya selaku Presiden PPSUPM ingin sekali lagi merakamkan jutaan terima kasih tidak terhingga buat barisan Jawatankuasa PPSUPM dan juga semua ahli atas sokongan anda terhadap persatuan. Anda adalah nadi persatuan, maka teruslah bersama – sama mengekalkan momentum dalam memberi sokongan serta memberikan buah fikiran demi perkembangan dan hala tuju perjuangan persatuan.

 

 

Sekian terima kasih

 

PRESIDEN

PERSATUAN PENOLONG PEGAWAI SAINS

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


Kemaskini Terakhir : Tue, 16 Jan 2024 (ahmadmustafa)