Yuran Tahunan
![](http://spel3.upm.edu.my/max/images/L2/9179_bm.jpg)
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Tuan/Puan,
MAKLUMAN BAYARAN YURAN TAHUNAN AHLI KSSFK BAGI TAHUN 2021
Merujuk kepada perkara di atas, adalah dimohon jasa baik semua ahli kssfk yang telah berdaftar agar dapat menjelaskan bayaran yuran keahlian kssfk sebanyak RM 20 bagi tahun 2021 sebelum 7 September 2021.
Pembayaran boleh dibuat secara TUNAI (kepada Bendahari KSSFK) atau Online Transfer.
|
Bendahari |
|
Pen. Bendahari Pn. Nor Azwanida Abd. Khalid 03-9769 4484 norazwanida@upm.edu.my |
RUJUKAN :
PERLEMBAGAAN KSSFK
FASAL 6
BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN
6.1 Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut;
-
- Bayaran masuk TIDAK DIKENAKAN
- Yuran tahunan adalah RM20.00 (Ringgit Malaysia Dua Puluh Sahaja)setahun
6.2 Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari terlebih dahulu dalam tempoh 30 hari dari awal bulan Februari.
6.3 Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiausaha atau wakilnya dan hilanglah hak-hak keistimewaanya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.
6.4 Ahli yang membiarkan hutang sebanyak lebih daripada jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi Pertubuhan dan Jawatankuasa boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya terlebih dahulu.
6.5 Jawatankuasa mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang membiarkan keahlinya dilucut disebabkan hutang.
6.6 Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkir membayar wang yuran tersebut dalam tempoh yang telah di tetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran bulanan.