AGM KSSFK 15
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,
Semua Ahli
Kelab Sukan dan Sosial Fakulti Kejuruteraan, UPM (KSSFK)
YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Ir./Puan,
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-15 KELAB SUKAN DAN SOSIAL FAKULTI KEJURUTERAAN (KSSFK).
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa KELAB SUKAN DAN SOSIAL FAKULTI KEJURUTERAAN (KSSFK) akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-15 sebagaimana ketetapan berikut:
Tarikh : 7 September 2021 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Kaedah : Secara Atas Talian (Zoom Meeting)
Info lanjut : https://linktr.ee/kssfk
Kami mengalu-alukan kehadiran dan penyertaan YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Ir./Puan ke Mesyuarat Agong KSSFK kali ke 15 yang berlangsung buat pertama kali secara dalam talian.
Disertakan Borang Cadangan Usul AGM KSSFK 15 iaitu saluran bagi ahli KSSFK yang berminat menyatakan pandangan/idea/usul kepada KSSFK. Borang dibuka sehingga sebelum 3 September 2021.
Perhatian YBhg. Prof. Dato'/Prof/Prof. Madya/Dr./Ir./Puan berhubung jemputan di atas amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Cenderahati istimewa menanti pada ahli KSSFK yang hadir/sertai.
BORANG USUL MESYUARAT AGUNG KE-15 KELAB SUKAN DAN SOSIAL FAKULTI KEJURUTERAAN (KSSFK)
Kemaskini Terakhir : Sat, 14 Aug 2021 (norizzaida)