Bahasa : malay | english

FUNGSI DAN PERKHIDMATAN

UTAMA

2.1 PENYELIDIKAN
Pusat memacu penyelidikan dalam bidang komunikasi media dan industri kreatif yang membabitkan penyeidkan dalam bidang media baru, polisi dan regulisasi media dan industri kreatif. tidak ketinggalan juga Penyelidikan Pembangunan Kandungan ( Content Development Research ) bagi media seperti televisyen, radio, filem mahupun media baru membabitkan aplikasi new media dan internet. Projek-projek penyelidikan diperolehi melalui permohonan dan bidaan daripada Dana Pembangunan Kandungan, Geran Pembangunan Polisi dari Kementerian seperti Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Kementerian Pertanian, MDEC, FINAS dan SKMM.

2.2 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

Pengukuhan pengupayaan dalam pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar bidang komunikasi, media dan industri kreatif di peringkat pra sarjana dan pasca sarjana melalui pengguna teknologi media terkini filem video dan audio.
Pusat juga menawarkan kursus peringkat sijil-sijil kemahiran jangka pendek, kursus profesional, bavelor dan master melalui laluan kedua kepada pelajar-pelajar dan pengamal industri dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran dan juga badan profesional industri kreatif seperti Creative Content Industry Guild Malaysia ( CCIG ) yang ditubuhkan atas inisiatif pemandu melalui Program Transformasi Ekonomo (ETP).

2.3 KONSULTANSI DAN PEMBELAJARAN
Dalam bidang konsultansi pula pusat menganjurkan seminar, konferen, workshop, master class serta bengkel khusus dalam bidang komunikasi, media dan industri kreatif. Dana-dana penganjuran aktiviti seperti ini banyak ditawarkan oleh agensi kerajaan seperti Multimedia Development Corporation (MDEC), FINAS dan lain-lain. Pusat ini juga menganjurkanfestival-festival filem peringkat tempatan dan antarabangsa. Sehingga kini Jabatan Komunikasi FBMK telah mengadakan dua Festival Filem Pelajar peringkat kebangsaan melalui dana daripada FINAS, Merdeka Award, Petronas, Panasonic dan Astro yang menelan belanja hampir RM500,000. Pusat dengan kerjasama FINAS merancang untuk mengadakan Festival Filem dan video pelajar peringkat regional dan antarabangsa.

SOKONGAN

2.4 FOTOGRAFI, GRAFIK DAN ANIMASI
a) Jualan Foto dan Video Majlis Rasmi (Konvokesyen)
b) Cetakan Banner dan Bunting
c) Pakej Iklan dalam bentuk visual dan crawler di papan tanda elektronik

2.5 TV DAN VIDEO
Penerbitan dokumentari, drama, animasi, iklan*, korporat video, liputan majlis secara "multiple camera production", latihan dan bengkel dan juga siaran melalui saluran IPTV dan kampus TV

2.6 PUTRA FM
UPM adalah satu-satunya universiti di Semenanjung Malaysia memiliki spektrum saluran radio frekuensi 90.7. Putra FM akan bekerjasama penerbitan rancangan radio bersama KLPop Radio yang turut disiarkan melalui 1Malaysia IPTV channels melalui aplikasi Apps, Android dan Internet. Putra FM akan disiarkan 24jam.
Putra FM berpotensi sebagai penyumbang pendapatan kepada pusat melalui pakej iklan dan penerbitan audio seperti:
a) Penerbitan Jingle & Promo dan Iklan
b) Penerbitan Album Lagu & Artis Baru
c) Pakej Tajaan & Iklan*
Kemaskini Terakhir : Thu, 30 Nov 2017 (megat)