Bahasa : malay | english

Projek Amal Pembinaan Rumah Masyarakat Orang Asli


Projek Amal Pembinaan Rumah Masyarakat Orang Asli telah dilaksanakan dengan peruntukan RM86,000.00 di Kampung Kachau Luar, Ulu Semenyih oleh Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UPM dengan kerjasama Kelab pelajar Kejuruteraan Awam, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Ahmad Zaki Resources Berhad (AZRB)







Pembinaan rumah telah dimulakan. Para pelajar telah turut sama hadir bagi membincangkan aspek kualiti binaan. Selain itu, para pelajar juga membuat pemeriksaan kualiti bagi memastikan pembinaan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan. 




Rumah didalam tempoh pembinaan dimana para sukarelawan yg terdiri daripada para pelajar membuat susunan batu bata.



Rumah yg telah hampir siap di mana para sukarelawan membuat plastering dan pemasangan tile,narco dan water tank.




Staf dan para Jabatan Kejuruteraan Awam bergotong royong mengecat dan membersihkan rumah yang telah siap terbina.




Bergotong royong bersama penduduk Kampung Kachau Luar, Semenyih.











Bantuan keperluan asas (minyak,beras,gula dan minyak masak) diberikan kepada penduduk (22 keluarga). Belian utk keperluan ini, menggunakan sumbangan (RM1800) kutipan derma dari staf Fakulti Kejuruteraan sempena program amal membina rumah.





Sukarelawan yang terdiri daripada para pelajar





a) Pengurangan kos: Kos perkhidmatan profesional dapat dikurangkan kerana ahli projek terdiri dari jurutera awam, jurutera awam professional dan juga quantity surveyor. Para pelajar juga telah berkhidmat sebagai sukarelawan yang mana sekaligus mengurangkan kos pekerja. Sumbangan AZRB adalah didalam bentuk inkind (service and goods) seperti pekerja berkemahiran serta bahan binaan.

 

b) Implikasi kepada UPM : Komuniti melihat peranan UPM dengan lebih jelas dalam pembangunan golongan yang memerlukan serta kejayaan menarik minat pihak industri (AZRB-nama AZRB telah diletakkan dalam kertas cadangan asal dan dibentangkan diperingkat KPT pada April 2015) sebagai rakan kerjasama telah memberi implikasi yang besar dari kaca mata industri terhadap peranan UPM dan mengukuhkan lagi CSR  kedua-dua pihak.

 

c) Kelestarian : Melalui projek ini, rumah batu bata lebih bersifat kekal. Ia dilihat menonjolkan peranan UPM dalam menyumbang kepada komuniti serta akan sentiasa memperluaskan lagi aspek sumbangan kepada meyelesaikan masalah kualiti air serta aplikasi tenaga boleh diperbaharui seperti teknologi solar dan penggunaan waste to energy. 



Kemaskini Terakhir : Mon, 09 Apr 2018 (hairul_nizam)