Bahasa : malay | english

LATARBELAKANG

Sejarah PScUPM bermula pada tahun 2011 dengan penubuhan Kelab Pegawai Sains yang diketuai oleh Cik Azilah Ab Jalil yang merupakan Pegawai Sains paling senior ketika itu.

Pada tahun 2013, Kelab Pegawai Sains  dinamakan semula kepada Persatuan Pegawai Sains  dengan tujuan untuk mendaftarkannya dengan ROS.

Persatuan Pegawai Sains Universiti Putra Malaysia diluluskan pendaftaran secara rasmi oleh pihak ROS pada 30 November 2018 dengan nombor Pendaftaran PPM-026-10-30112018


Tujuan

Persatuan Pegawai Sains Universiti Putra Malaysia ditubuhkan dengan matlamat untuk:

  • Menjaga kepentingan dan kesejahteraan Ahli.

  • Menggalakkan latihan, pembelajaran, interaksi berterusan di kalangan Pegawai Sains bagi meningkatkan prestasi kerjaya dan sumbangan terhadap organisasi.

  • Mewujudkan kerjasama dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) yang berfaedah kepada masyarakat dan Negara dengan kelulusan pihak berkuasa.

  • Menjadi badan rujukan dan khidmat nasihat dalam bidang kepakaran bagi perkhidmatan sains.


Kemaskini Terakhir : Wed, 09 Feb 2022 (lufti)