Bahasa : malay | english

Halatuju KEPERTAMA

1. Pengiktirafan Universiti Kepada Staf
 

a. Memberi insentif kepada staf yang berkhidmat lama

  • sebagai tenaga pengajar
  • lawatan sambil belajar ke luar negara
  • diberi sijil dalam bidang pengkhususan
 

b. Penglibatan staf dalam bidang sukan

  • anugerah olahragawan/olahragawati
  • pingat/kebesaran
  • sijil
 

c. Kebajikan staf

  • insurans staf
  • rawatan perubatan selepas bersara
  • peluang belajar kepada anak staf
  • staf yang belajar dikecualikan dari yuran pengajian
  • menubuhkan "transit centre" dibawah Bahagian Sumber Manusia
  • pengangkutan ulang alik ke sekolah
  • kemudahan pengurusan bila berlaku kematian
    - kenderaan
    - bayaran urusan
 

d. Program dan aktiviti tahunan

  • mengadakan hari keluarga
  • mengadakan "annual dinner" jamuan makan malam
 

e. Lain-lain anugerah

  • setia putra diteruskan
  • jasa putra diteruskan
  • anugerah pingat kebesaran negara
   
2. Peranan Pekerja Ke Arah Menyumbangkan Tenaga Kepada Majikan (Universiti)
  a. Mempunyai sikap yang kreatif, inovatif dan berwawasan
b. Bersedia menerima teguran dan peka terhadap perubahan yang berlaku
c. Meningkatkan kemahiran dan kecekapan kearah hala tuju yang positif seiring dengan kehendak majikan
d. Mengekalkan displin yang tinggi
e. Bertanggungjawab, jujur, amanah dan berwawasan terhadap diri dan organisasi
f. Mempunyai komitmen yang tinggi terhadap tugasan
   
3. Beriltizam Ke Arah Mempertingkatkan Kemahiran Dan Latihan Yang Cemerlang
  a. Menyokong pencapaian matlamat UPM dalam budaya ICT ke arah "World Class University"
b. Sentiasa bersedia dan seiring dengan perkembangan semasa disamping mempertingkatkan kemahiran
c. Menyahut cabaran E-Pekerja
d. Membantu mempercepatkan E-Kerajaan
e. Memberi perkhidmatan yang berkualiti
f. Menerima cabaran globalisasi seiring dengan hala tuju universiti
   
4. Mempertingkatkan Pendidikan Untuk Mengubah Daya Kualiti Berkerja Dan Ekonomi Ke Arah Pekerja, Keluarga Yang Cemerlang
 

a. Majikan wajar memberi pendedahan maklumat serta sokongan moral disamping menyediakan peluang pendidikan tanpa had dengan berlandaskan garis panduan mengikut kelayakan yang berkaitan sesuai dengan kebolehan staf
b. Majikan wajar membantu menaiktarafkan pendidkan dan mengiktiraf kemahiran staf
c. Majikan wajar mengujudkan skim galakan pelajar cemerlang (staf/anak) dan mengujudkan insentif galakan bagi kerja-kerja tambahan dan lebih masa untuk memantapkan ekonomi
d. Meluluskan subsidi yuran dan mengwujudkan tabung/dana pendidikan pelajaran (staf/anak) tanpa had
e. Meyediakan kelas bimbingan dengan prasarana yang lengkap seperti tenaga pengajar dan tempat pelajar yang selesa
f. Memberi peluang dan jaminan pekerjaan selepas tamat belajar serta menanam sikap yang tidak terputus atau berbelah bagi kepada majikan dan kesatuan khasnya setelah mereka menjawat jawatan yang lebih tinggi


Kemaskini Terakhir : Tue, 28 Apr 2015 (nuox)