Bahasa : malay | english

KEAHLIAN DAN YURAN


KEAHLIAN

1. Keahlian Pertubuhan adalah seperti berikut:

(A) AHLI REMAJA

Terdiri daripada pelajar yang berumur di antara 13 tahun hingga 25 tahun di mana-mana institusi pendidikan dalam bidang pendidikan sains pertanian.

(B) AHLI BIASA

i. Kewarganegaraan : Warganegara Malaysia
ii. Umur Minimum : 18 tahun
iii. Kawasan/Negeri Tempat Tinggal : Malaysia
iv. Keturunan : Terbuka
v. Jantina : Terbuka
vi. Agama : Terbuka

Kriteria Keahlian Yang Lain : Keahlian bagi ahli biasa terbuka kepada semua individu dalam bidang pendidikan sains pertanian.

(C) AHLI BERSEKUTU

Terbuka kepada mereka yang memenuhi syarat Fasal 4(1)(B) tetapi bukan di dalam bidang pendidikan sains pertanian.

(D) AHLI KEHORMAT

Terdiri daripada mereka yang berjasa kepada masyarakat dan boleh memberi sumbangan kepada pertubuhan. Mereka akan ditentukan oleh jawatankuasa dan terkecuali dari pembayaran yuran.

YURAN

1. Bayaran pendaftaran:

RM 10.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja) untuk Ahli Remaja, Ahli Biasa dan Ahli Bersekutu.

2. Yuran:

(A) Yuran tahunan:

i. RM 10.00 untuk Ahli Remaja (Ringgit Malaysia: Sepuluh Sahaja)
ii. RM 50.00 untuk Ahli Biasa (Ringgit Malaysia: Lima Puluh Sahaja)
iii. RM 100.00 untuk Ahli Bersekutu (Ringgit Malaysia: Seratus Sahaja)

(B) Yuran seumur hidup:

i. RM 350.00 untuk Ahli Biasa (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Lima Puluh Sahaja)
ii. RM 700.00 untuk Ahli Bersekutu (Ringgit Malaysia: Tujuh Ratus Sahaja)

Kemaskini Terakhir : Sun, 15 Sep 2019 (hazwan)