Bahasa : malay | english

UPM Lean Champion


YBhg. Dato' Wan Azman bin Wan Omar dilahirkan pada 09 Disember 1959 di Kelantan Darul Naim. Berkelulusan B.A (Hons) Universiti Kebangsaan Malaysia (1983) dan Master Sains (Human Resourse Development) Universiti Putra Malaysia (1999). Beliau telah memulakan kerjaya di Universiti Putra Malaysia (UPM) sebagai Pegawai Tadbir pada September 1983 dan  telah dilantik untuk memegang jawatan Pendaftar di UPM bermula 01 Jun 2007. Pada 11 Disember 2011, beliau telah dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Sultan Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) bersempena Hari Keputeraan DYMM Sultan Selangor ke-65 dan Kesatria Mangku Negara dan Paduka Setia Mahkota Kelantan kerana sumbangan yang telah berikan kepada negara.


YBhg. Dato’ diiktiraf kerana kemahiran beliau di dalam kemahiran pengurusan dan perancangan strategik. Oleh kerana itu beliau kerap dijemput untuk memberi ucapan terutamanya di dalam subjek sumber manusia dan urusan tadbir urus universiti.

 

Beliau merupakan Wakil Pengurusan UPM bagi Sistem Pengurusan Kualiti (QMS) MS ISO 9001:2008, Sistem Pengurusan Alam Sekitar (EMS) MS ISO 14001:2004 dan Pengurusan Sistem Keselamatan Maklumat (ISMS) MS ISO/IEC 27001:2007. Beliau juga telah dilantik untuk menganggotai beberapa Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi/Agensi Luar.

 

Disamping itu, beliau terlibat di dalam pelbagai aktiviti profesional, lembaga, majlis dan jawatankuasa di peringkat negara, serantau dan antarabangsa. Terkini, beliau merupakan ahli dalam Association Commonwealth University (ACU), Panel Tatatertib Majlis Peguam-Peguam Malaysia, Ahli Jawatankuasa Semakan Semula Akta Universiti Kolej Universiti, Kementerian Pengajian Tinggi, Pengerusi Jawatankuasa Pendaftar-Pendaftar Universiti Awam dan Setiausaha bagi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia.


Dengan semangat beliau untuk ke arah penambahbaikan berterusan bagi organisasi, beliau telah membawa UPM dalam melaksanakan pengurusan Lean dan telah menjadikan UPM sebagai perintis di kalangan 20 Universiti Awam Malaysia bagi melaksanakan Lean. Dengan 14 projek Pengurusan Lean@UPM yang sedang berjalan, UPM sedang berusaha untuk mara ke hadapan dengan menambahbaik proses kerja dan mengutamakan nilai kepada pelanggan melalui inisiatif Lean.


Kemaskini Terakhir : Thu, 30 Jul 2015 (fauziah_m)