Bahasa : malay | english

Pengenalan Lean

APA ITU ‘LEAN’

Perkataan ‘Lean’  menjadi terkenal apabila James Womack & Dan Jones menerbitkan buku Lean Thinking pada tahun 1996. Lean dalam konteks kualiti dan kos bermaksud ‘EFISYEN’ (cekap). Efisyen bermaksud menjalankan aktiviti dengan mengoptimakan sumber, termasuklah masa, sumber manusia, tenaga dan juga kewangan dan dalam masa yang sama, memenuhi kehendak pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.

 

Menurut Profesor James Womack & Dan Jones di dalam buku mereka, The Machine That Change The World, Lean merujuk kepada koleksi prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah yang memberi tumpuan kepada mengenal pasti dan menghapuskan aktiviti yang tidak memberi nilai tambah (pembaziran) kepada pelanggan dalam mana-mana proses.

 

Walaupun pendekatan Lean dibangunkan pada asalnya untuk digunakan dalam sektor swasta yang mensasarkan proses pembuatan, terdapat kemajuan yang stabil di dalam menyesuaikan pendekatan ini untuk digunakan pada perkhidmatan dan proses pentadbiran. Minat sektor awam untuk mengamalkan Lean meningkat dengan cepat, didorong oleh impak penambahbaikan yang kukuh didalam beberapa kes yang berkaitan dengan masalah kewangan.

 

Matlamat utama Lean ada MENGHAPUSKAN pembaziran. Sebelum perkataan Lean digunakan, teknik yang sama digunakan oleh Lean adalah TPS atau pun Toyota Production System. TPS telah diamalkan oleh pihak Jepun semenjak tahun 60an kerana mereka kekurangan sumber, termasuklah tanah dan sumber asli. Jadi mereka perlu memikirkan bagaimana untuk mengoptimakan sumber-sumber yang ada.


Kemaskini Terakhir : Fri, 19 Jun 2015 (fauziah_m)