Bahasa : malay | english

LOGO


ASAS LOGO

Terbina daripada  bentuk perisai yang berputar melambangkan kekuatan, kemantapan dan penjagaan nilai integriti yang teguh untuk kebahagiaan dan kesejahteraan  sejagat.

Bentuk empat segi berwarna kelabu dan merah merupakan simbolik kepada komitmen ahli ALPUTRA mengaplikasi sains, teknologi dan ICT untuk kelangsungan kehidupan.

Konsep bentuk perisai ini diperkukuh dengan singkatan nama persatuan iaitu ALPUTRA dan moto persatuan iaitu “Terus Memimpin”

 

SINGKATAN NAMA ALPUTRA

Terhasil daripada gabungan perkataan Alumni (AL), PALAPES (P), Universiti (U) dan Putra (TRA).


WARNA

KELABU melambangkan keneutralan, keluwesan dan ketekalan jiwa.

MERAH melambangkan dinamisme kepada tradisi perjuangan dan juga semangat keberanian dan ketahanan menghadapi cabaran.

PUTIH melambangkan keikhlasan dan ketelusan.

 


Logo dicipta oleh Lt. Kdr. Prof. Madya Gs. Dr. Mohd. Hasmadi bin Ismail PSSTLDM.

Singkatan ALPUTRA diilhamkan oleh Brig Jen Dato’ Hj Thanthawi Jauhari Hj Ahmad.

Moto “Terus Memimpin” diilhamkan oleh Tuan Mohd. Sahir Yaacub dan Tuan Mohd. Zaid Mohamad @ Omar

 


Kemaskini Terakhir : Tue, 09 Jan 2018 (zuraya)