Bahasa : malay | english

PROGRAM



PELANCARAN AL-PUTRA DAN MEGA REUNION ALUMNI PALAPES UPM
09 DISEMBER 2017
08.00 MALAM - 11.00 MALAM
Dewan Besar PKKSSAAS

Hampir 600 Alumni PALAPES UPM Menghadiri Reunion Kali Pertama

UPM, Serdang- 09 Disember 2017- Penjumpaan Alumni PALAPES UPM buat julung kalinya telah diadakan di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS) UPM bagi mengumpulkan semua alumni PALAPES Darat dari ambilan 1 hingga 36 dan PALAPES Laut dari ambilan 1 hingga 11. Dianggarkan jumlah alumni PALAPES UPM yang telah ditauliahkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong adalah kira-kira seramai 3000 orang bermula dari tahun 1982 sehingga 2017.

Majlis makan malam ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Kolonel (Kehormat) Profesor Datin Paduka Dato’ Dr. Aini Ideris selaku Naib Canselor UPM dan juga Komandan PALAPES UPM. Pada malam tersebut seramai hampir 600 kehadiran telah dicatatkan dan boleh dianggap sebagai satu perjumpaan yang boleh dibanggakan.

Maklumat Lanjut


Kemaskini Terakhir : Tue, 09 Jan 2018 (zuraya)